Surat dari Jolyn. Murid 5A yang bercita-cita nak jadi guru Bahasa Melayu.
Masa awal-awal posting, saya ajar kelas darjah 5. Ada seorang gadis ini, dia sangat baik orangnya. Rajin membantu guru dan fasih bertutur bahasa Melayu. Ada satu masa saya tanya murid-murid, apa cita-cita kamu? Gadis ini cakap,
"Saya mahu jadi cikgu Bahasa Melayu macam Cikgu Aishah." Lebih kurang begitu ayat dia. Saya agak terharu bila dia cakap sebegitu. Tak silap saya, masa tu baru mengajar kelas mereka dalam sebulan lebih.
Awal tahun 2021, saya tak dapat mengajar kelas mereka lagi, kelas 6A. Rasa agak terkilan juga sebab kami sudah mula saling mengenali dan saya sendiri berkobar-kobar rasa nak mengajar mereka Bahasa Melayu.
![]() |
| Jolyn & Cikgu Aishah |
![]() |
| 5A 2021 |
Sampailah satu masa, terserempak dengan Jolyn,
"Cikgu, kenapa tak ajar kami lagi. Kami rindu woo." Mungkin murid-murid ingat, guru yang memilih kelas agaknya. Saya terangkan kepada dia kenapa saya tak mengajar mereka lagi.
Saya masih ingat kata-kata gadis ini sehingga sekarang yang sudah beberapa kali dia ulang,
"Bila saya sudah besar, saya akan cari cikgu."
Bukanlah satu kemestian atau keperluan untuk mencari semula guru yang mengajar dan menabur bakti, namun jika ada secebis ingatan untuk diri ini amatlah dihargai.
Sungguh, hati ini terharu dengan kata-kata yang baik dan ingatan daripada murid tersayang. Mengajar bukanlah untuk dihargai tapi demi mendidik dan menyampaikan ilmu yang bakal dipraktikkan oleh generasi baharu ini. AJ



Comments
Post a Comment