Tampak duka wajah puteri
Leka bermain lalu disengat
Jangan gusar meniti hari,
Jalani hidup dengan semangat.
Kisah ini berlaku pada bulan 4 yang lalu waktu saya nak pergi Ke UiTM.
Waktu tu saya pergi isi minyak, lepas tu masuk dalam mini mart Shell nak beli air mineral.
Waktu tengah bayar, seorang cashier ni tegur,
"Nak pergi mana, dik?"
Rasa janggal bila ditanya macam tu sebab selalunya kalau ikut pengalaman saya cashier pam minyak yang paling susah nak senyum apatah lagi nak tegur.
Pengalaman saya ye. Lain orang lain pengalaman.
Pengalaman saya ye. Lain orang lain pengalaman.
Saya jawablah nak pergi ambil gambar.
Ayat tu je yang terlintas dalam kepala sebab memang waktu tu nak pergi ambil gambar konvo dalam UiTM.
Ayat tu je yang terlintas dalam kepala sebab memang waktu tu nak pergi ambil gambar konvo dalam UiTM.
Perbualan kami terhenti seketika sampailah akak yang ada di belakang menyampuk.
"Adik nak ambil gambar konvo ke? Bila konvo?" Huissh. Hebat akak ni dapat teka dengan tepat.
Masa saya cakap ambil gambar tu, saya terfikir juga dalam kepala, mesti abang ni berbisik dalam hatinya.
Perlu ke nak mention ambil gambar.
Perlu ke nak mention ambil gambar.
Akak yang dengar sekali pula yang terlebih peka. Saya pun senyum dan jawab semalam dah konvo. Rancak juga lah kami berbual sampai lah abang cashier tu tanya.
"Plan adik lepas ni camne? Nak sambung belajar ke nak kerja dulu."
Saya baru je nak jawab dia terus cakap
"Better adik sambung belajar terus dik. Nanti kalau berhenti lepas tu sambung. Susah. Lambat pick up."
Saya mengiyakan sahaja apa yang abang tu beritahu. Ada betulnya juga kan.
Akak yang berbual sekali dengan kami menambah dan berkata
"Kalau lambat sangat baru nak sambung, nanti jadi macam abang ni. Last-last jadi cashier je."
Dan mereka pun bergelak tawa sesama sendiri. Ceria dan peramah semua.
Saya ingat pesan abang tu sampai sekarang. Sebenarnya ramai dah yang cakap perkara yang sama namun kata-kata daripada dia yang melekat di kepala saya.
Saya tidak mengiyakan malahan menidakkan pernyataannya. Cuma pada pengamatan saya, setiap perkara ada pro dan cons.
Jika memilih untuk terus bekerja, bertungkus luluslah diri untuk mencari rezeki.
Jika memilih untuk sambung belajar, menarilah jari di atas kertas dan laptop.
Jika bekerja dahulu dan berniat untuk sambung belajar, hikmah ada bakal menanti,
Jika memilih bekerja sambil belajar, maka kedua-duanya dapat dikuasai.
Jika memilih untuk sambung belajar, menarilah jari di atas kertas dan laptop.
Jika bekerja dahulu dan berniat untuk sambung belajar, hikmah ada bakal menanti,
Jika memilih bekerja sambil belajar, maka kedua-duanya dapat dikuasai.
Teruskan niat murni yang ada dalam diri. Jalani kehidupan dengan penuh bersemangat. Moga kita sama-sama diredhai.
Comments
Post a Comment