Sering terinspirasi dengan Neelofa dalam proses penghijrahan beliau untuk menjadi muslimah yang lebih baik dari sebelumnya. Bertitik tolak pada tahun 2020, Neelofa ada cipta 1 telegram khusus untuk perkongsian daripada dirinya sendiri mengenai ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Neelofa ada kongsi, dia beli buku kecil-kecil macam ni supaya dapat dibaca bila berada dalam kesesakan jalan raya, selain baca bila ada masa-masa lapang. Saya memang dah ada buku seperti ini, harapnya dapatlah turut meluangkan masa untuk membaca buku-buku ini.
Dalam entri kali ini, saya nak kongsi cara untuk menulis doa versi sendiri pada Bulan Ramadan ini. Cuba bayangkan, jika kita diberi khabar gembira bahawa kita boleh dapatkan apa sahaja yang dikehendaki. Kita hanya diberi masa sehari untuk menentukan perkara yang kita nak. Sudah semestinya, kita akan rancang dengan sebaiknya segala kemahuan diri.
Kita merancang untuk perkara yang penting dalam hidup. Karier, masa hadapan, target hidup, pasangan dan sebagainya.
Bagaimana pula dengan doa kita? Jadi, dengan ada doa versi sendiri maka kita boleh baca, hafal dan minta apa yang diinginkan terus dari hati.
Masa awal-awal saya lihat Neelofa tulis doa versi beliau sendiri pada bulan Ramadan 2 tahun yang lalu, saya terus buat yang sama. Ini masa awal-awal, jadi tulis pun biasa-biasa je.
![]() |
| Senarai doa yang kita inginkan |
Berikut merupakan salah satu doa kesukaan saya :
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا , وَ رِزْقًا طَيَّبًا , وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as’aluka ‘Ilman naafi’an, wa rizqan tayyiban, wa ‘amalan mutaqabbalan
Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)
Jadi, berdoalah dengan ikhlas dan sepenuh hati. AJ

.jpeg)
Comments
Post a Comment