Pensyarah IPGKTHO : Selamat bersara, Encik Rahim


Aishah Jamal


"Aishah, ada soalan nak tanya?" Laju tangan saya mencari butang microfon nak cakap,

"Tak ada soalan, Encik Rahim." Saya duk fikir nak tanya apa ea, akhirnya tak bertanya. 

"Kalau ada soalan, tanya. Nanti termimpi-mimpi. Nyesal tak tanya" Hanya tersenyum bila Encik Rahim ungkap sebegitu. 

Dalam kelas Encik Rahim, dengar setiap tutur kata dan ilmu yang beliau sampaikan,  banyak sangat perkara mengenai sastera Melayu yang saya tak tahu dan ada yang tak pernah tahu.

Me, Kak Siti, Kak Faizzah dan Kak Nida 

Rakan sekelas bersama Encik Rahim


Bila orang kata, kalau suka menulis puisi, pantun, cerpen ni mesti pandai sastera.

Ohh, tidak semestinya. Boleh menulis hanya penulisan yang bersifat umum. Gaya bahasa yang tidaklah berunsur sastera. Hanya bersifat kontemporari.

Salah satu tugasan kami untuk Subjel Kesusasteraan perlu menulis puisi, cerpen dan skrip drama. Setelah sekian lama tak menulis secara berpuitis, akhirnya kesemua pelajar perlu menghasilkan karya.

Bila lihat hasilnya, rupanya semua orang boleh menulis. Mahu atau tidak sahaja sebenarnya. Rata-rata dapat keputusan A untuk subjek sastera dalam kalangan rakan baik saya la. Hehe

Saya kongsikan  pesanan beliau kepada kami. Ada antaranya saya sudah mula praktiskan.

1. Sediakan satu diari. Tulislah setiap hari. Nanti bila dah meningkat usia dah ada anak, dapatlah tunjuk bukti kepada mereka yang kita pernah melalui fasa-fasa kehidupan sekarang ini. 

2. Banyakkan membaca. Kalau nak tahu lebih pasal sastera, baca karya berunsur sastera. Baca karya saya pun boleh. Sempat beliau berseloroh.

Kalau minat menulis novel, bacalah karya-karya novelis yang ada.

Kalau minat menulis dalam Bahasa Inggeris, bacalah bahan penulisan dan tulis dalam bahasa Inggeris.


3. Guru perlu rajin menimba ilmu dan menulis untuk kembangkan ilmu itu. Guru merupakan individu yang bertanggungjawab mengajar dan mendidik murid-murid dalam kelas.

Gunakanlah juga kelebihan sebagai guru untuk menyebar luaskan kebaikan dalam bentuk penulisan.


Saya hadiahkan kepada beliau antologi cerpen saya yang kedua sebagai kenang-kenangan.

Sempat beliau berpesan kepada saya, "Teruskanlah menulis, jangan berhenti. Nanti jammed." 

Sayanglah Encik Rahim ni. Dah macam ayah-ayah kami orangnya.

Terima kasih Encik Rahim mengajar kami di IPG selama dua semester. Moga Allah kurniakan kebaikan dan syurga buat diri tuan yang budiman. AJ

Comments