Pengacara Majlis Online : Forum Laluan Kerjaya Guru Cemerlang.

 


Pelajar PDPP Ambilan Jun 2021 dengan Kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKTHO telah mengadakan Forum Laluan Kerjaya Guru Cemerlang yang melibatkan dua orang panel yang cukup disegani dan banyak ilmunya iaitu Tuan Nordin Bin Johari, Nazir Kanan Jabatan Negeri Johor dan Encik Norhailmi Bin Abdul Mutalib, Guru Cemerlang Sains GC52. 

Apa motif gambar Aishah dekat situ kan? Hehe. Saya jadi Pengerusi Majlis buat pertama kalinya secara online. Kali terakhir dapat jadi pengerusi majlis masa Program Anjuran NGO pada tahun 2019. Kira sudah agak lama saya tidak mempengerusikan majlis. 

Bila ada minat pada bidang komunikasi terutama pengacaraan majlis, kita automatik akan rasa teruja dan nak mencuba. Terharu apabila Tuan Rosman Bin Salubin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan memberikan peluang kepada saya untuk menjadi pengerusi majlis. Begitu juga dengan rakan sekelas iaitu Iqmal merangkap Ketua Option dan Batch BM yang memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu.

Poster Forum Laluan Kerjaya Guru Cemerlang


Gambar di sebalik tabir bersama Pengarah, Dr Mashitah, para panel dan AJK


Saya dan moderator forum, Cikgu Iqmal

Di sini, saya nak berkongsi tips dan persediaan jika ada yang diberi peluang dan kesempatan untuk menjadi Pengerusi Majlis secara atas talian.

1. Pastikan line dalam keadaan stabil

Jika lihat dalam video di Youtube, bahagian saya sebagai pengerusi ada yang tersekat-sekat, bukan suara yang tersekat, line saya tidak memberi kerjasama yang baik. Jadi, bila saya tengok semula video tersebut, timbul rasa tidak begitu berpuas hati dengan hasilnya. Alhamdulilah, masih dapat feedback yang baik daripada Tuan Rosman, Puan Salwa dan rakan-rakan lain.

2. Teks Perlu ditaip dengan Jelas

Saya tak print teks tersebut dan pegang atau letak di hadapan atau macam mana kan. Saya baca dalam slide power point. Terpulang sama ada nak tulis dalam Microsoft Words atau Microsof Power Point, asalkan font jangan terlalu kecil. Risau jika tiba-tiba tersalah baca bahagian lain.

3. Pencahayaan yang Baik

Pastikan ada pencahayaan yang baik di dalam bilik atau di tempat anda berada. Kalau lihat dalam video, saya sendiri macam terlebih cahaya dekat bahagian muka. Kamera laptop saya memang begitu kejadiannya. Sebagai pengacara, penonton perlu nampak kita dengan jelas, pastikan  pancaran cahaya tidak berada di belakang. Kalau tidak nanti jadi pelik pula di video yang terhasil.

4. Praktis, Praktis dan Praktis.

Rajinkan diri untuk praktis dengan sebaiknya. Record suara dan minta pandangan rakan-rakan yang rapat untuk menilai kejelasan, kelancaran dan intonasi suara. Mereka pasti akan memberikan pandangan yang bernas. Nah, bila dah dengar pandangan mereka, bolehlah anda usaha dan cuba untuk perbaiki lagi mana yang perlu.

5. Yakin Diri 

Akhir sekali, dah dapat peluang jadi pengerusi maknanya anda memang seorang yang berani dan berkeyakinan. Tak dinafikan, ada masanya akan rasa gugup dan gementar. Ingat satu perkara, 

" A good emcee will rhyme a lot of different ways. Don't limit yourself, by Ice T.

Setiap orang ada cara, personaliti dan karakter sendiri. Teruskan menjadi diri sendiri dan teroka keunikan anda sebagai pengacara dan buat yang terbaik.


Jom tonton Forum Laluan Kerjaya Guru Cemerlang di video ini. Terima kasih kerana sudi membaca.


Comments