Anugerah Pertama di Sekolah

Majlis Perpisahan


Pada 8 Disember yang lalu, sekolah saya mengadakan Majlis Sanjungan Budi. Majlis diadakan dalam kalangan guru, PIBG dan staf sekolah. Ketika ini, saya siap pakai earphone sebab ada kelas online. Kira dua dalam satu, program sekolah dan kelas PDPP. Masa ini tengah ada kelas dengan Tuan Shahren, subjek Pentaksiran Bahasa Melayu.

Seperti biasa, majlis berlangsung dengan ucapan kata alu-aluan, ucapan wakil PIBG dan Guru Besar, Puan Ang Swee Moi. Sampailah tiba acara yang dinanti, penyampaian Anugerah kepada guru-guru. Ralit mendengar penyampaian ilmu daripada Tuan Shahren, tiba-tiba muncul di skrin gambar saya sebagai penerima Anugerah Kehadiran Penuh ke sekolah untuk tahun 2021. Saya agak pelik, sejak bila pula ye. Bukan apa sebab saya sendiri pun tak ingat sepanjang tahun ni tak pernah cuti.
 
Majlis Perpisahan
Gambar yang terpampang di skrin tu namanya Cikgu Aishah


Majlis Perpisahan
Para guru yang menerima Anugerah yang sama

Selain itu, terdapat juga Anugerah Guru Cemerlang, penyampaian cenderamata kepada guru yang berpindah ke sekolah lain. Rasa teruja sebab pertama kali dapat Anugerah. Walaupun tampak biasa-biasa namun sangat bermakna.

Saya pun sambung semula kelas online, tiba-tiba nama pula kena panggil. Ayat yang selalu diulang-ulang bila tak berapa nak dengar sangat soalan,

"Apa dia ye tuan soalannya, boleh ulang semula?" Agaknya menggeleng kepala Tuan Shahren dengan karenah pelajar yang bernama Aishah ni.

Begitulah kehidupan apabila bergelar Pekerja dan Pelajar. Kedua-dua perlu diseimbangkan dengan sebaiknya. Moga dipermudahkan segala urusan kehidupan kita semua. Terima kasih sudi membaca.

Comments