2 minggu yang sebentar namun sarat dengan memori.
Hampir 2 semester kami pelajar PDPP belajar secara online. Semester pertama tidak berkesempatan untuk bertemu secara bertentang mata.
Pada semester kedua, pihak IPGKTHO aturkan program selama 2 minggu di kampus kami beserta kelas bersama para pensyarah.
Awal-awal rasa ralat juga sebab masing-masing sudah ada perancangan masa cuti sekolah. Tapi, bila dah sampai sana, dapat rasa aura yang berbeza.
Rasa seolah-olah macam adik-adik yang baru nak mendaftar kolej. Terasa muda 6 tahun dikelilingi adik-adik PISMP yang menyambut kami dengan wajah ceria.
Terserempak pula dengan rakan sekelas yang sebelum ini sekadar pandang-memandang melalui Google Meet.
"Ohh, ni Aishah ea. Nampak lain."
"Aishah kecil je orangnya, dalam Meet nampak tinggi."
Saya hanya boleh kata, yang tampak di alam maya tidak semestinya sama apabila bersua muka.
Pada hari taklimat bersama pengarah, pertama kali berjumpa dengan pengarah IPGKTHO. Orangnya cantik dan versatil.
Pengarah ada cakap, "2 minggu awak semua dekat sini, percayalah awak rasa tak nak balik dah nanti."
Perasaan nak balik tu memang ada cuma kenangan yang tercipta membuatkan hati sukar untuk melupakan terutama kenangan bersama rakan sekelas. Sampai ada orang tu susah betul nak "move on". Betul tak Ketua Option, Muhamad Iqmal.
| Gabungan Batch BM 1 & 2 |
| Rakan sekelas BM1 |
Saya kongsikan antara tiga perkara yang saya peroleh sepanjang 2 minggu berada di IPG.
1. Ilmu yang bermanfaat. Setiap kali jika ada program yang diaturkan untuk kami, hal ini sering ditekankan.
Antara yang saya paling ingat, Ketua Jabatan Kokurikulum ada sebut, ajarlah murid-murid mengenai nilai kehidupan bukan sekadar ilmu yang ada pada buku sahaja. Nilai inilah yang sering mereka ingat sebenarnya.
2. Keterujaan dapat bertemu pensyarah secara berhadapan. Akhirnya dapat juga berjumpa dengan Puan Idawati, Encik Rahim dan Tuan Rosman.
Cuak jugalah dalam kelas Puan Ida minta kami semua jawab soalan. Tak ada seorang pun tertinggal. Pendekatan ini menarik sebab dapat jana minda untuk berfikir dengan cepat.
3. Ukhuwah yang lebih utuh bersama rakan-rakan BM. Kami ada 48 orang kesemuanya. Masing-masing ada keunikan dan kelebihan tersendiri. Saya banyak belajar daripada mereka semua.
Yang paling terharu, kami ada Ketua Option yang sangatlah baik dan selalu membantu memudahkan urusan rakan-rakan. Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan.
Begitulah serba sedikit coretan saya sepanjang 2 minggu di IPG. Seronok dapat meneroka kampus kami. Gembira dapat bertemu dengan staf-staf IPG dan rakan-rakan.
Akhir kata, terima kasih kepada geng-geng asrama Kolej Tun Fatimah, adik Hidayah Katrin , Zue Lyka Ain Nadhirah Mohd Shah , Cik Wanie Lie , Kak Fiza, Kak Faezah, Azreen Sofia dan Zinie.
Sungguh, gelak tawa kalian memecah sunyi malam dan menjadi ingatan. Moga kita semua dapat bersua kembali di B.I.G nanti.
Comments
Post a Comment