Sudah agak lama saya tidak menulis sebarang
entry. Hari ini saya rasa teruja untuk berkongsi pencapaian saya sepanjang hampir
2 minggu duduk di rumah. Telah masuk fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang diumumkan oleh kerajaan. Harapnya semua masih lagi berfikiran
terbuka dan tenang-tenang sahaja di rumah.
Saya adalah antara individu yang sangat suka
makan. Semua saya nak makan. Letaklah apa-apa pun depan mata saya. Hasilnya
selama 25 tahun saya bernafas, saya salah seorang rakyat Malaysia yang
menyumbang kepada obesiti. Berat paling tinggi yang saya pernah capai dalam 78
kilogram. Kesedaran itu ada. Memang simpan azam nak kurus sejak berumur 20
tahun. Namun begitulah, ia seperti angan-angan mat jenin. Jika tiada usaha,
manakan dapat hasilnya. Awal bulan 3 sebelum PKP dilaksanakan, saya tekad untuk
menguruskan badan.
Pada waktu itu, saya sedang menunggu keputusan
penempatan sekolah. Ahamdulillah, saya lulus temuduga Guru Interim dan bakal
menjadi guru di sekolah rendah. Saya duduk di rumah menanam anggur yang tidak
berbuah. Terdetik di hati untuk cuba menguruskan badan. Maka, bermulalah
perjalanan hidup saya untuk menjadi insan yang mempunyai berat badan ideal. Sebelum
ini, saya mengajar di sekolah swasta di Shah Alam. Saya bukan nak puji diri
sendiri apatah lagi riak. Eh. Segelintir para pelajar saya cakap, “muallimah mesti
cantik kalau kurus. Sekarang pun dah comel.” Tipulah kalau tak kembang kan. Budak-budak
memang pandai ambil hati, lagi-lagi kalau ada sesuatu yang mereka nak. Sampailah
suatu hari, ada seorang pelajar ni, dia cakap pada saya. “Muallimah, saya nak
satu hari nanti, muallimah kurus tau. Saya nak tengok sangat muallimah kurus.”
Alahai anakku. Ada sahaja permintaan.
Kata-kata mereka juga adalah pendorong semangat
saya untuk menguruskan badan. Saya selalu berharap satu hari nanti dapat jumpa
mereka di sekolah semula dan berterima kasih kepada mereka kerana memberi
dorongan kepada saya.
Mari kita mula. Pertama sekali, kira BMI anda.
Saya target nak dapatkan berat ideal. Berat saya awal Mac 78 Kg. Sekarang berat
saya 70 Kg. Saya perlu dapatkan 54 KG untuk berat badan ideal sebab saya rendah
orangnya. Anda juga perlu set your target. Target saya sekurang-kurangnya turun
5Kg –8Kg sebulan. Saya perlu hilangkan hampir
25KG. Contoh, kalau saya nak turun 5 Kg sebulan, jadinya bulan Julai saya dah
boleh dapatkan berat ideal. Ini anggaran sahaja. Terpulang kepada individu. Yang
paling penting, jangan paksa diri. Kalau anda tak boleh dengan, diet yang
strict. Hentikan. Anda hanya menyeksa diri. Tetapkan niat yang betul. Saya nak
kurus sebab apa? Saya pernah cerita pada kawan saya tentang zaman sekolah
menengah dahulu ramai kutuk saya sebab saya gemuk. Sedih tu hanya Allah yang
tahu. Saya cakap pada dia, saya akan buktikan pada mereka, saya pun boleh
kurus. Saya masih ingat lagi pesan dia “Jangan nak kurus sebab nak tunjuk pada
orang. Niat awal dah salah.” Terkesima saya dengar. Pasakkan niat dalam hati
nak kurus supaya mudah beribadah dan menjalani kehidupan dengan lebih cergas. Tak
gitu?
1. Anda perlu berhenti minum air manis. Air manis bahaya pada saya. Sebab apa? Sekali anda dah minum waktu sedang berdiet, sukar untuk berhenti semula. Hati akan meronta-ronta nak minum lagi. Jadi, jangan sentuh air manis. Jika craving sangat tu, minumlah sekali seminggu. After that, get back on track.
2. Tukar air manis kepada air green tea tanpa gula ye semua. Jika letak gula, ia juga dikira air manis. Rasa memang tidak seenak air teh viral tu. Pahitnya lain macam. Anda amalkan dalam sebulan. Kesannya pasti dapat dirasa. Hehe
3. Makan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia. Suku-suku separuh. Memang sangat membantu.
4. Elakkan makan jajan atau makanan ringan. Ia memudaratkan kesihatan anda. Tukar kepada buah-buahan, biskut oat atau biskut fibre.
5. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Setiap hari saya akan berjoging selama 30 minit sehari.

Itulah antara perkara yang saya boleh
kongsikan. Saya belum capai berat yang diidam-idamkan. Namun, saya akan terus
berusaha. Rakyat Malaysia yang saya kasihi, kita bertanggungjawab ke atas badan
kita. Jom, kita berubah untuk jadi lebih sihat, lebih cergas dan lebh cerdas.
Tiada yang mustahil dengan tekad dan azam yang tinggi serta bantuan dari Allah
yang Maha Esa.
Poin #2 tu saya dah cuba amalkan. Mula-mula memang tak biasa sebab pahit, tapi lama-lama okey dan lidah akan terima, insya Allah. Green tea sejuk, lagi sedap!
ReplyDeleteKan awak. Hehe. Serius bagus untuk kesihatan tau. 🥰
ReplyDelete