ABOUT ME

 

TENTANG SAYA


Assalamualaikum dan hai semua!

Saya, Aishah Jamal. Seorang guru, juruacara, ahli Toastmasters Kelab Dwibahasa Pidato Mutiara, penulis upahan dan bakal penulis harapnya satu hari nanti. In Syaa Allah.

Merupakan seorang guru yang berkhidmat di SJK (C) Thai Hong, Skudai Johor.

Sebelum ini, berkhidmat di sekolah swasta Sri Pintar Shah Alam, Selangor.

Berpengalaman sebagai penulis upahan selama 4 tahun di sebuah syarikat Upah Menulis. Kemudian, bergerak secara freelance dengan jenama Pena Kreatif. Masih lagi aktif sehingga kini.

Kini, mempunyai beberapa buah buku antologi bersama para penulis lain iaitu buku travelog Cuti-Cuti Malaysia. 3 buah antologi cerpen iaitu Ruang Sujud, Memori dari Hati dan Antara Dua Spektrum. Saya ada kongsikan sinopsis buku-buku ini di blog saya.

Seorang yang sangat meminati bidang pengucapan awam dan pengacaraan majlis. Pernah menjadi juruacara majlis secara atas talian dan bersemuka di IPG dan sekolah.

Aktif berkongsi mengenai pengucapan awam, pengacaraan dan penulisan di Instagram, Tik Tok dan Facebook.

Menyertai Kelab Dwibahasa Pidato Mutiara sebagai salah satu cara untuk memantapkan lagi kemahiran pengucapan awam dan pengacaraan ke tahap yang lebih baik.

Comments