Berbaki lagi dua hari kita akan masuk ke bulan Ramadan pada 3 April 2022. Bermula pada tahun 2020, saya sudah mula membiasakan diri membuat senarai semak Ramadan.
Senarai semak ni tak perlu fancy-fancy, simple sahaja sudah memadai. Orang kata, sekurang-kurangnya kita ada target harian amalan yang boleh dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan.
![]() |
| Contoh Senarai Semak |
Kita dapat berada pada landasan yang betul dan memberikan motivasi kepada diri sendiri sekaligus menjadikan Ramadan kali ini lebih diberkati dan produktif.
Entri kali ini, saya konsikan senarai semak amalan Ramadan sebagai panduan dan inspirasi buat anda yang mahu melipatgandakan aktiviti pada bulan Ramadan.
Moga perkara ini juga dapat terus dipraktikkan walaupun Ramadhan sudah berlalu. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang baik kita bawa dan amal dari bulan yang penuh kasih sayang.
Senarai Semak Harian Ramadan
1. Bangun Sahur
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Rasulullah SAW bersabda: 'Makanlah sahur, kerana pada sahur itu terdapat keberkatan." Makan makanan yang ringan dan berkhasiat yang akan membantu anda meneruskan aktiviti sepanjang hari. Dan jangan lupa minum banyak air.
2. Solat Sunat
Jika solat sunat seperti yang diajarkan oleh Rasulullah bukanlah sebahagian daripada rutin kita, inilah masa untuk memulakannya. Solat sunat termasuk yang mengiringi solat Fardhu, Tahajjud, dan solat Dhuha.
3. Solat Tarawih di Masjid
Berusaha mengunjungi masjid bagi mengerjakan solat Tarawih.
4. Membaca Al-Quran
Tetapkan matlamat harian sebanyak satu juzu' setiap hari supaya boleh menghabiskan seluruh Al-Quran pada akhir Ramadan. Yang penting, usaha untuk tidak tinggal membaca Al-Quran setiap hari.
5. Fahami Terjemahan
Memahami terjemahan al-Quran. Maksud membaca Al-Quran adalah untuk membaca dan memahami firman Allah, jadi penting untuk anda membaca sekurang-kurangnya sedikit daripadanya setiap hari.
Ibn 'Abbas (RA) melaporkan bahawa Nabi (SAW) pernah memeluknya dan berkata, "Ya Allah! Kurniakan kepadanya ilmu Kitab (Al-Quran)." – [Sahih-al-Bukhari]
6. Berdoa dan Berzikir
Banyakkan berdoa dan berzikir di siang hari; selepas solat, sejurus sebelum berbuka, selepas sahur, atau semasa anda menjalani hari itu. Manfaatkanlah dengan sebaiknya.
7. Beristighfar
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila datang bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu." – [Sahih-al-Bukhari]
8) Bersedekah
Sedekah boleh berupa apa saja; ia boleh menjadi nilai kewangan, atau ia boleh menjadi sesuatu seperti mengalihkan batu daripada laluan orang yang lalu-lalang, meninggalkan sedikit air untuk haiwan terbiar atau tersenyum kepada seseorang.
'Adi bin Hatim r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah (SAW) bersabda: "Peliharalah dirimu dari api neraka walaupun dengan bersedekah separuh buah kurma." – [Sahih-al-Bukhari]
Berikut adalah antara senarai semak lain yang boleh dipraktikkan :
9.Memberi makan orang yang berpuasa
10.Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat baginda
11.Menghafal doa-doa pilihan
12.Menghafal surah-surah lazim atau surah-surah Juz ‘Amma
13.Melakukan Qiyamulail dan solat Tahajud
14.Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan
15.Jangan membazir ketika berbuka puasa.
16.Melakukan kebaikan setiap masa
Moga dengan izin Allah, kita dipermudahkan segala urusan untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sebaiknya. AJ
"Apa yang tidak boleh dibuat semua, jangan ditinggalkan semua."
.

.jpeg)
Comments
Post a Comment